Saturday, June 25, 2022

Terlalu tinggi, lelaki dipindah ke kelas pertama pesawat

Secara Rawak

GEORGIA: Gara-gara tidak boleh muat di tempat duduk ekonomi pesawat, lelaki berukuran setinggi 7 kaki terpaksa bertukar pesawat dan dinaik taraf kepada kelas pertama supaya dia boleh melalui perjalanannya dengan selesa.

Beau Brown berukuran 7 kaki 1 inci dalam perjalanan dari North Carolina menuju Georgia.

Bagi membolehnya mempunyai lebih banyak ruang untuk meluruskan kakinya, Beau sebelum ini menempah tempat duduk di barisan belakang pesawat.

Namun, apabila dia menaiki pesawat tersebut, dia terkejut mendapati dia tidak boleh muat di tempat duduknya.

Dia kemudiannya meminta bantuan pramugari yang mencadangkannya bertukar ke pesawat lain dan juga dinaik taraf kepada kelas pertama, lapor Arynews.

“Melancong sentiasa menjadi perjuangan besar bagi saya dan penerbangan boleh menjadi sangat tidak selesa.

“Apabila saya menaiki pesawat, saya menempah tempat duduk barisan keluar yang biasanya mempunyai ruang yang cukup untuk saya, tetapi kali ini, saya masih terlalu tinggi untuk duduk di situ.

“Lutut saya menyentuh tempat duduk di hadapan dan saya tersepit, saya tidak boleh duduk atau bangun,” jelas Beau di akaun TikToknya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru