Tuesday, August 9, 2022

Perhimpunan Agung Umno 16 hingga 19 Mac

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021  akan diadakan  pada 16 – 19 Mac ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan  selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada malam ini.

Maklumnya, kehadiran perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO adalah melibatkan kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian untuk menghadiri dengan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.

“Kesemua lima orang Perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri Perhimpunan Agung masing-masing pada kali ini. Walaupun demikian, SOP tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi Mysejahtera, sanitizer dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan media.

Berikut adalah jadual perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2021:

16 Mac 2022 (Rabu)

Perasmian Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh YB Dato’ Seri Utama Timbalan Presiden UMNO

17 Mac 2022 (Khamis)

Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung

18 Mac 2022 (Jumaat)

Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh YB Dato’ Seri Presiden UMNO

Perhimpunan Agung UMNO bermula

19 Mac 2022 (Sabtu)

Perhimpunan Agung UMNO hari kedua.

Perhimpunan Agung UMNO 2021   sepatutnya  berlangsung pada 13 hingga 15 Jan tetapi terpaksa ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru