Tuesday, January 18, 2022

PBB tubuh sayap belia 18 hingga 28 tahun

Secara Rawak

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menubuh sayap baharu untuk belia berumur 18 hingga 28 tahun bagi memberi peluang golongan muda peka dengan keadaan semasa politik negeri.

Menurut Naib Presiden PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, tindakan diambil sebagai strategi mendekati kumpulan pengundi baharu, sekali gus menjadikan ahli dalam PBB semakin relevan dalam iklim politik sekarang.

Beliau berharap penubuhan sayap baharu itu membuahkan hasil positif menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebelum ini, PBB mengumum untuk meminda perlembagaan parti bagi menubuhkan sayap baharu untuk belia berumur 18 hingga 28 tahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Presiden PBB percaya penubuhan sayap itu bertujuan memberi peluang kepada golongan anak muda untuk bersama-sama berkhidmat demi Sarawak.

Pada PRN-12 Sarawak baru-baru ini, prestasi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan PBB sebagai salah satu daripada komponennya menang bergaya setelah mendapat mandat rakyat meraih 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru