Thursday, August 18, 2022

Ibu masukkan anak positif Covid-19 di dalam boot kereta

Secara Rawak

TEXAS: Seorang guru di Texas dituduh meletakkan anak lelakinya yang positif Covid-19 di dalam boot kereta untuk mengelak dirinya terdedah kepada virus itu, menurut satu laporan.

Wanita itu menghadapi pertuduhan membahayakan nyawa anaknya selepas dia tiba di lokasi ujian Covid-19 dengan budak lelaki berusia 13 tahun itu di dalam boot kenderaan, menurut waran tangkap di Mahkamah Daerah Harris County.

Ekoran dari insiden itu wanita tersebut diarah mengambil cuti pentadbiran, kata pihak pengurusan sekolah daerah.

Polis tempatan dimaklumkan tentang seorang kanak-kanak yang berada di dalam boot kereta di lokasi ujian pandu lalu Covid-19 awal minggu ini.

Penguatkuasaan undang-undang menjalankan siasatan penuh dan mengeluarkan waran tangkap.

Menurut waran tersebut, wanita itu didakwa membawa anaknya ke tapak ujian daerah sekolah.

Di situ dia memberitahu pengarah perkhidmatan kesihatan daerah yang sedang mengumpul maklumat daripada orang yang menunggu di tapak pandu lalu, bahawa dia memasukkan anaknya di dalam boot kereta supaya dia tidak terdedah kepada virus semasa memandu.

Guru tersebut membawa anaknya melakukan ujian kali kedua selepas ujian pertama menunjukkan dia positif.

Semasa boot di buka, kanak-kanak itu sedang berbaring.

Menurut pigeonexpress, pegawai kesihatan kemudiannya mengarahkan ibunya supaya membiarkan anaknya duduk di kerusi hadapan sebelum menghubungi 911 untuk membuat aduan terhadapnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru