Tuesday, August 9, 2022

Fatimah teruskan agenda pembangunan, ekonomi dan pendidikan di Dalat

Secara Rawak

DALAT: Menteri Wanita, Pembangunan Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah akan meneruskan agenda pembangunan, menambah baik ekonomi dan pendidikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Dalat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut berterima kasih kepada pengundi dan AJK Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ranting berkenan kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 yang lepas untuk meneraju N.56 Dalat.

Fatimah berkata demikian semasa menghadiri Majlis Kesyukuran Bersama AJK PBB Kampung Sungai Ud Dalat di balai raya Kampung Sungai Ud, Dalat pada Rabu.

Di majlis tersebut, beliau berkesempatan menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN N56 Dalat kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), badan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarelawan untuk pembinaan jalan konkrit, rumah belanga (pembuat sago), naik taraf gelanggang futsal dan baik pulih rumah persendirian.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru