Saturday, January 22, 2022

Fadillah: Abang Johari capai rekod cemerlang 5 tahun jadi Ketua Menteri 

Secara Rawak

KUCHING: Pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi tempoh lima tahun pertama memperlihatkan prestasi cemerlang di sebalik pelbagai cabaran yang ditempuhinya.

Menurut Naib Yang Dipertua Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof berkata, rekod cemerlang berkenaan meliputi aspek politik, ekonomi dan kesihatan.

“Ketua Menteri telah berjaya melepasi pelbagai cabaran, termasuk memastikan rakyat Sarawak tidak terlalu terkesan akibat pandemik apabila menyalurkan bantuan keseluruhan berjumlah RM5.3 bilion menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga BKKS 7.0 sepanjang dua tahun lepas,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya hari ini.

Abang Johari mulai dilantik sebagai Ketua Menteri keenam Sarawak pada 13 Januari 2017 selepas pemergian Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata,  pimpinan Abang Johari telah memberi kesan positif kepada kualiti hidup rakyat  Sarawak, malah turut memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik negara.

Sejak lima tahun lalu, Abang Johari telah memperkenalkan 110 inisiatif meliputi pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, pendidikan, pertanian dan telekomunikasi.

Dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu, GPS di bawah teraju beliau memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru