Monday, May 16, 2022

Banjir: Pusat pemindahan sementara diaktifkan di Seduan Jaya, Sibu

Secara Rawak

SIBU: Banjir melanda Kampung Seduan Jaya pada Rabu dalam cuaca hujan berterusan dua hari.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) Sarawak dalam kenyataannya berkata, Dewan Kampung Jeriah menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pertama dibuka 3.14 petang Rabu bagi menempatkan mangsa banjir menurut arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS).

Setakat 5.15 petang, 44 orang terdiri daripada lima keluarga dipindahkan.

Adun Nangka Dr Annuar Rapaee turut turun padang bersama-sama pihak bomba dan agensi lain.

Annuar memberi jaminan pihak terlibat akan mengusahakan yang terbaik untuk membantu semua mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru