Tuesday, January 25, 2022

24 kes bunuh di Sarawak pada tahun lalu

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 24 kes bunuh dilaporkan berlaku di Sarawak pada tahun 2021 sekali gus menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak lapan kes.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, kategori kes jenayah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 16 kes berbanding tahun sebelumnya.

“Kesemua kes telah berjaya diselesaikan termasuk melakukan tangkapan serta siasatan terhadap kes mengambil nyawa sendiri.

“Cuma satu lagi kes kini masih dalam siasatan,”katanya ketika berucap membentangkan statistik kes JSJ Sarawak 2021 di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

Manakala bagi kes jenayah harta benda katanya, sebanyak 3,699 kes dilaporkan pada tahun 2021.

Jelasnya, jumlah tersebut menunjukkan penurunan kes sebanyak 1,390 berbanding catatan kes pada tahun 2020 iaitu sebanyak 5,089 kes.

Secara kesuluruhannya, Lukas mendedahkan kadar jenayah di Sarawak pada tahun 2021 menunjukkan penurunan ketara berbanding jumlah pada dua tahun sebelumnya.

“Statistik jenayah menunjukkan penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mana tahun 2020 mencatatkan kes sebanyak 5,874 kes, dan pada tahun 2019 sebanyak 6022 kes.

“Pada tahun 2021 kes menunjukkan jumlah sebanyak 4,298 kes, yang mana indeks ini turun sebanyak 1,576 kes bersamaan 27 peratus berbanding tahun 2020,” katanya.

Dedahnya, antara punca indeks penurunan berlaku adalah disebabkan penyebaran Covid-19 serta kawalan rondaan yang kerap dilakukan oleh anggota bagi memastikan masyarakat kekal di kediaman masing-masing.

Sementara itu katanya, kadar penyelesaian menunjukkan peratusan sebanyak 79 peratus manakala kadar pertuduhan berjaya dilakukan sebanyak 51.4 peratus.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru