Tuesday, January 25, 2022

1,573 kes jenayah di Sarawak tahun lalu

Secara Rawak

KUCHING: Terdapat sebanyak 1,573 kes jenayah direkodkan di negeri ini pada tahun ini.

Ini menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, menunjukkan penurunan sebanyak 26.8 peratus.

Katanya, jumlah tersebut masih di bawah nilai ambang yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jelasnya, kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pula mencatatkan peningkatan apabila 2,816 kes direkodkan sepanjang tahun lepas berbanding 1,460 kes pada 2020.

“Nilai kerugian pada 2021 adalah sebanyak RM73.5 juta berbanding RM66.5 juta pada 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pembentangan Pencapaian PDRM Sarawak bagi tahun lepas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru