Thursday, May 19, 2022

15 kematian baharu, kini 31,738

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 15 kematian baharu akibat Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 31,738 kes.

Sebanyak 14 daripada 15 kematian yang dilaporkan atau 93.3 peratus berlaku dalam tujuh hari lalu.

Sebanyak 540 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 40 peratus atau 6 kematian dilaporkan berlaku di luar hospital.

Pahang merekodkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu seramai 4 orang diikuti Johor (2), Kelantan (2), Perak (2), Negeri Sembilan (1), Sabah (1), Selangor (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Kedah, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan sebarang kes kematian.

Semalam sebanyak 3,198 kes baharu dikesan dan daripada jumlah itu 164 kes adalah daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru