Tuesday, August 9, 2022

Rakyat Sarawak di Semenanjung terus dibantu

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat termasuk memberikan bantuan kepada rakyat Sarawak di Selangor yang terjejas akibat banjir.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin.

Don’t Menurutnya, mereka akan menyalurkan bantuan tersebut melalui Rumah Sarawak.  “Kita akan membantu rakyat Sarawak yang terjejas akibat banjir di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut telah diberikan sejak Disember lalu.

“Sumbangan barangan makanan dan keperluan asas bernilai RM17,200 telah diberikan kepada 86 keluarga terdiri daripada rakyat Sarawak di Selangor, yang turut terjejas akibat banjir yang melanda penghujung Disember tahun lalu.

“Sumbangan Kerajaan Sarawak itu dihulurkan melalui Rumah Sarawak dan Sarawak Volunteer kepada mangsa yang tinggal di Sri Muda, Shah Alam serta di Klang, Balakong, Dengkil dan Cheras,” ujarnya.

Untuk rekod, terdapat 68 keluarga yang juga merupakan kumpulan pertama telah menerima bantuan tersebut pada 24 Disember tahun lalu. Manakala kumpulan kedua terdiri daripada 18 keluarga menerima bantuan pada 28 Disember lalu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PSKL) Awang Supian Awang Daud.

Penyampaian bantuan itu juga dibuat susulan arahan Penaung Sarawak Volunteer yang juga Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof supaya rakyat Sarawak di Semenanjung yang terjejas banjir terus dikenal pasti dan dibantu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru