Tuesday, January 25, 2022

Lelaki terkunyah kepala tikus

Secara Rawak

SEPANYOL: Seorang lelaki secara tidak sengaja tergigit kepala tikus yang sudah mati semasa menikmati hidangan sayur campur, yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Insiden ini berlaku di Sepanyol dan Juan Jose pada mulanya menyangka ia sebagai sayuran articok.

Juan membeli beberapa jenis sayuran beku dan kentang dari sebuah pasar raya dan memasaknya.

Semasa menghidangkan makanan di pinggan, dia sedar terdapat sesuatu yang berwarna gelap di antara sayuran tersebut.

Memikirkan ia articok, dia mengunyahnya dan rasanya rangup serta pelik, lapor Independent.

Selepas mengamatinya, Jose melihat benda tersebut memiliki misai dan ada dua mata, pada ketika itu dia tahu ia sebenarnya tikus, dan bukan articok.

Aduan difailkan ke atas pasar raya tempat dia membeli sayur beku itu.

Jurucakap pasar raya itu memberitahu mereka menghubungi pengeluar produk dan menyemak semua kawalan yang dijalankan ke atas produk ini untuk memastikan semuanya betul.

Mereka juga akan melakukan pemeriksaan mendalam terhadap pengilang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru