Tuesday, August 9, 2022

Komited tangani kesesakan lalu lintas

Secara Rawak

KUCHING: Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang memandang serius isu kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan tanggungjawabnya terutama melibatkan Jalan Kuching-Serian.

Menurutnya, beliau menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya berhubung isu berkenaan menerusi media sosial.  “YB Wilfred Yap (Adun Kota Sentosa) juga ada menerima aduan dengan pengguna memaklumkan bahawa keadaan trafik semakin teruk setiap hari.

“Justeru, kami telah berbincang dengan pihak Lebuh Raya Pan Borneo Utara (LBU), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor untuk mencari jalan bagi mengurangkan masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pemeriksaan tapak di lampu isyarat Batu 7 bersama dengan LBU dan JKR di sini, pada Isnin.  Tambah Khere Chiang, kesesakan lalu lintas tersebut juga susulan perpindahan Sarawak ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ketika ini, banyak perniagaan telah beroperasi dan ramai orang keluar rumah.  “Selain itu, seperti hari ini, sekolah juga telah mula beroperasi dan ini juga menjadi penyumbang kepada peningkatan pengguna jalan raya terutama sekali pada waktu pagi,” ujarnya.

Menjelas lanjut, pihaknya telah meningkatkan masa lalu lintas untuk waktu puncak dari 6 pagi hingga 9 pagi ke arah Serian kepada 140 saat – maksimum sebelum lampu isyarat bertukar merah.

“Untuk waktu puncak pada 5 petang hingga 7.30 malam dari jalan Serian ke Kuching, kami juga telah meningkatkan masa dari 50 saat kepada 120 saat. “Saya percaya dengan mengawal masa sedemikian ia dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas ketika ini,” jelasnya.

Dalam hal berkaitan, beliau menyeru orang ramai khususnya pengguna di jalan berkenaan untuk bersabar sementara menunggu jejambat yang dibina di Batu 7 siap.  Pihak kontraktor juga memaklumkan bahawa pembinaan jejambat itu dijangka siap pada bulan April ini.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru