Thursday, August 18, 2022

Jasamu sentiasa dikenang

Secara Rawak

BETONG: Selepas genap lima tahun meninggal dunia, mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem kekal dalam ingatan rakyat negeri ini.

Kehilangan seorang pemimpin hebat pada 11 Januari 2017 cukup meninggalkan kesan yang mendalam.

Semalam, banyak pihak memuat naik status di laman media sosial masing-masing bagi mengingati dan mengenang jasa Tok Nan.

Masing-masing ada kenangan tersendiri dan bagi Adun Layar Datuk Gerald Rentap, beliau mengakui ada kenangan manis dengan Allahyarham berkaitan golf dan senaskah buku.

“Tok Nan ngajar kamek main golf,” katanya kepada semalam.

Pernah suatu ketika katanya, kami bermain golf dan kalah. “Selepas itu Allahyarham memberitahu saya agar mengikutnya balik ke rumah.

“Sampai di rumah, saya diberikan senaskah buku berjudul How To Improve Your Golf. “Siap ada pesanan lagi – mun u belom abis baca, jangan main ngan aku,” itulah antara kata-kata beliau yang masih dikenang Rentap.

Bagaimanapun buku tersebut kata Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan telah dipulangkan kembali dan peristiwa tersebut banyak mengajarnya tentang betapa pentingnya pengetahuan apabila mengerjakan sesuatu.

Beliau turut berterima kasih kepada Tok Nan kerana pada 2016 (PRN-11), telah mengumumkan namanya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Layar ekoran pengunduran Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

“Mungkin jika tidak kerana kepercayaan Tok Nan pada masa itu, saya belum mencapai tahap sekarang untuk bergelar seorang ahli politik dalam Kabinet Kerajaan GPS pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru