Thursday, May 19, 2022

Hadapi banjir: Sarawak sedia pelbagai kemudahan, aset, 621 PPS

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak membuat perancangan rapi  dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan bagi berdepan kemungkina Monsun Timur Laut yang membawa banjir untuk misi menyelamat mangsa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas,  aset  yang bakal digunakan ialah 286 bot,115 buah lori,  dan 247 buah kereta pacuan empat roda.

Selain itu, katanya, turut dimanfaatkan ialah  tiga helikopter dan tiga kenderaan amfibia.

Katanya,  lapan buah jabatan membabitkan 6,705 keanggotaan terbabit dalam persiapan berkenaan.

Jelasnya, sehingga kini kerajaan negeri telah mengenal pasti 621 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri yang mampu menampung sehingga 185 067 mangsa.

”Saya menggesa orang ramai supaya peka dengan amaran banjir. Kerjasama semua pihak sangat diperlukan dalam memudahkan pengurusan banjir di Sarawak,” kata Douglas yang juga Timbalan Ketua Menteri dalam sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Jelas Douglas Uggah lagi, pasukan tindak balas kecemasan peringkat komuniti juga telah diwujudkan di sesetengah kawasan bagi memindahkan penduduk, memantau serta mengawal keadaan sebelum anggota penyelamat sampai di lokasi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru