Tuesday, January 18, 2022

Ugut bunuh isteri bawah padah

Secara Rawak

KUCHING: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan ugut bunuh isterinya kerana ingin menfailkan perceraian, Januari tahun lalu.

Beliau mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugut bunuh terhadap Facienda, 28, di sebuah rumah beralamatkan Kampung Sinar Baru, kira-kira jam 11.00 malam, 14 Januari 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang mempunyai tiga orang anak hasil dari perkahwinan mereka pada tahun 2011, datang ke rumah lalu melemparkan kata-kata ugutan ingin membunuh isterinya (pengadu) dan ahli keluarga yang lain jika menfailkan perceraian.

Semasa kejadian, tertuduh turut menendang kereta kerana tidak berpuas hati terhadap isterinya (pengadu).

Selain itu, tertuduh juga sering datang ke pejabat tempat pengadu bertugas sebagai Pembantu Kesihatan Awam sehingga menganggu waktu bekerja.

Oleh kerana bimbang akan ugutan terbabit, pengadu membuat laporan polis seterusnya membawa penangkapan tertuduh di Jalan Puncak Borneo pada 23 Januari 2021.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabit iaitu hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru