Monday, May 16, 2022

Klorin meletup di muka

Secara Rawak

LUNDU: Seorang lelaki cedera pada bahagian muka selepas berlaku letupan melibatkan klorin di sebuah pusat peranginan di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.16 pagi lalu mengerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya dilokasi kejadian, Komander Operasi melaporkan letupan berlaku semasa kerja pembersihan kolam renang dijalankan.

“Mangsa, 30, pekerja di pusat peranginan tersebut telah dihantar ke hospital oleh pekerja resort untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pasukan bomba hanya memastikan keadaan di lokasi selamat sebelum berangkat balik ke balai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru