Tuesday, January 18, 2022

Empat penagih dicekup di Bau

Secara Rawak

BAU: Seramai empat lelaki dicekup polis si hadapan sebuah bengkel di Jalan Taiton, di sini kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superitenden Poge Nyaon berkata, empat suspek berumur lingkungan 26 hingga 48 tahun ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bau kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan sedang leka tanpa menyedari kehadiran polis di tempat kejadian.

“Ketika pemeriksaan pda tubuh badan, tiga orang suspek masing-masing menyerahkan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan putih dadah Methamphetamine seberat 1.97 gram bernilai RM200.

“Mereka mengaku ada mengambil dadah manakala seorang suspek mengaku terlibat dalam pengambil dadah terlarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua suspek di bawa ke Pejabat Narkotik IPD Bau untuk ujian saringan awal air kencing dan hasil ujian mendapati kesemua positif dadah.

Menurutnya, kesemua suspek mengaku mengambil dadah sebelum kehadiran polis di tempat kejadian.

Katanya, tiga kes disiasat secara berasing di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya dan dipohon reman.

Manakala beliau berkata, seorang suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru