Friday, August 19, 2022

DUN Tasik Biru tinjau jalan yang bakal dinaik taraf

Secara Rawak

BAU: Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Dato Henry Harry Jinep melakukan tinjauan ke Jalan Jiu Phin Tondong pada Ahad.

Tujuan tinjauan tersebut adalah bagi melihat keadaan jalan berbatu sepanjang 1.2 kilometer itu yang menuju ke rumah Liew Nyat Kuat yang akan dibantu untuk dinaik taraf.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru turut membawa bersama Penolong Jurutera, Majlis Daerah Bau (MDB) Merici Ceylist dalam tinjauan tersebut.

Sementara itu, menurut Merici pihak MDB akan menyelenggara jalan berkenaan termasuk kerja-kerja penurapan.

Tambahnya lagi, pihaknya akan menggunakan dana di bawah  peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Selain itu, ujarnya lagi peruntukan daripada kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) turut dicadangkan.

Turut hadir sama Ahli Majlis Daerah Bau, Kr. Richard Voon.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru