Tuesday, January 25, 2022

Celcom menghubungkan semua dengan 4G

Secara Rawak

Selari dengan aspirasi digital \ yang ingin dicapai melalui inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), Celcom Axiata Berhad (Celcom) komited untuk menyediakan rangkaian 4G yang konsisten di seluruh pelusuk negara.

Rangkaian 4G menawarkan lebih manfaat dan pengalaman digital berbeza berbanding rangkaian 3G, sekaligus mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih inklusif dan memberikan kualiti serta pengalaman yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Celcom sebagai syarikat telekomunikasi dengan liputan terluas seluruh negara,  juga bertekad untuk mengurangkan jurang digital bagi pelanggan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Celcom menyeru semua pelanggan yang masih menggunakan liputan atau peranti 3G untuk beralih kepada rangkaian Celcom 4G.

Rangkaian 4G mampu menyediakan pengalaman kualiti panggilan VoLTE (voice over LTE) dan definisi tinggi (HD) bagi semua peranti 4G. Para pelanggan digalakkan untuk menukar peranti kepada peranti 4G dengan segera untuk mengelakkan gangguan liputan apabila rangkaian 3G ditamatkan ditamatkan secara berperingkat.

JENDELA merupakan aspirasi negara yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan liputan dan rangkaian agar lebih meluas dan inklusif melalui 4G, termasuk peningkatan kualiti. Perkhidmatan 3G akan ditamatkan tidak lama lagi, bagi memberikan ruang kepada implimentasi liputan 4G yang lebih menyeluruh.

Pelanggan yang masih menggunakan kad SIM 3G dan telefon 3G akan berdepan masalah untuk membuat panggilan dan akses internet. Untuk terus menikmati pengalaman digital bersama liputan Celcom, pelanggan boleh mengunjungi Celcom bluecube atau cawangan pengedar rasmi  Celcom yang terdekat untuk menaiktaraf kad Sim 3G dan telefon 4G. Para pelanggan juga perlu mengaktifkan VoLTE di telefon baharu untuk menikmati panggilan suara dengan kualiti HD..

Selain itu, Celcom juga akan terus menaiktaraf dan mengoptimumkan rangkaian 4G di seluruh negara, bagi memastikan para pelanggan mampu menikmati kualiti dan pengalaman 4G yang terbaik dan konsisten.

Dengan rangkaian Celcom 4G, para pelanggan boleh terus kekal berhubung dengan insan tersayang melalui panggilan video daripada aplikasi seperti Facetime, Skype dan panggilan video Whatapps.

Manakala perniagaan dan pengusaha, tidak kira kecil atau besar, pastinya akan turut memperoleh manfaat komunikasi melalui e-dagang dan perkhidmatan dalam talian seperti Zoom, Webex, Microsoft Teams dan Google Meet yang dapat digunakan untuk melancarkan dan mengembangkan urusan perniagaan dan operasi perniagaan mereka

Celcom sehaluan dan menyokong aspirasi digital negara untuk menyediakan kualiti internet terbaik kepada semua, terutamanya untuk tujuan pembangunan dalam ekosistem digital Malaysia.

Inisiatif JENDELA mensasarkan untuk mengembangkan liputan jalur lebar 4G kepada lebih 96.9 peratus populasi dan meningkatkan kelajuan jalur lebar dari 26Mbps kepada 35Mbps. Bagi tujuan ini, usaha naiktaraf bagi Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan bagi memastikan liputan 4G mampu diperoleh secara lebih meluas, termasuk membawakan pertambahan kepada keperluan komuniti setempat.

Liputan 4G yang lebih inklusif, lancar, dan berkualiti tinggi bakal memperkasa serta menaiktaraf kehidupan seharian rakyat Malaysia dan menggalakkan pembangunan ekonomi digital negara. Sementara berusaha bergerak seiring dengan misi JENDELA, Celcom juga komited untuk memastikan peralihan yang lancar untuk para pelanggan bagi bertukar kepada 4G melalui tawaran lebih menarik dan berpatutan.

Tukarlah kepada 4G untuk masa depan digital

Celcom menggalakkan semua pengguna 3G untuk bertukar kepada 4G bagi pengalaman digital terbaik.  Para pelanggan bakal menikmati pengalaman digital  terbaik dan lancar apabila mereka beralih kepada peranti dan pelan data 4G.

Dengan pelan pascabayar Celcom MEGA, para pelanggan boleh menikmati internet 4G tanpa had, permainan dalam talian dan banyak lagi, di sepanjang hari setiap minggu. Hanya dari RM98/bulan, para pelanggan boleh memiliki telefon secara percuma (OPPO A54 128GB, Realme8 5G atau Vivo Y20S) dan menikmati 40GB internet berkelajuan tinggi dengan panggilan suara tanpa had.

Selain itu, Celcom XP Lite juga turut menawarkan para pelanggan untuk bertukar dan menikmati pengalaman tanpa had untuk Youtube, Instagram, Facebook, Whatapps dan WeChat sepanjang hari. Ini semua hanya dengan RM38/bulan. Dengan pelan ini, pelanggan juga boleh mendapatkan sama ada telefon pintar vivo Y1S atau Nokia 225 secara percuma.

Manakala pelanggan bagi prabayar pula, mereka boleh menikmati pengalaman tanpa had dengan Celcom Xpax Prepaid. Pelbagai pas termasuk harian, bulanan dan internet tanpa had boleh dipilih. Nikmati rebat sebanyak RM160 bagi telefon 4G terpilih untuk pelan ini, seperti telefon Realme C11 dan Vivo Y1S.

Bertukarlah kepada Celcom 4G sekarang, kunjungi Celcom bluecube atau cawangan pengedar rasmi Celcom, dan daftar sebelum terlambat!

Layari https://www.celcom.com.my/personal/devices/jendela untuk maklumat lanjut.

#SwitchToCelcom4G #Celcom4GLagiOK

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru