Thursday, May 19, 2022

18 kematian baharu, kini 31,696 kesemuanya

Secara Rawak

KUCHING:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 18 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 31,696.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kedah (tiga), Pahang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Kelantan, Melaka dan Perak (masing-masing satu).

Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya tiada kes.

Sebanyak 39,742 kes aktif dilaporkan, termasuk 253 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 106 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,788,860 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru