Saturday, December 3, 2022

TBS bantu anak asnaf, sedia peralatan sekolah

Secara Rawak

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sejumlah RM72.7 juta untuk pelbagai program sehingga 31 Disember 2021.

Menurut kenyataan media TBS, daripada jumlah itu, RM50.1 juta bantuan diagihkan melalui empat program utama.

Ia merangkumi program mengukuhkan tradisi keilmuan, membangunkan institusi Islam, memantapkan kebajikan ummah dan peningkatan kemahiran ummah.

Selain itu, RM3.25 juta disalurkan untuk bantuan khas Covid-19 TBS diagihkan sepanjang tahun 2021.

Pada hari ini, TBS mengadakan program Kembali Ke Sekolah untuk anak-anak golongan asnaf di pekarangan Medan Hamidah, Demak di sini.

Ia merupakan inisiatif memanifestasikan ekosistem bantuan TBS melalui prasarana Pusat Pengagihan Ummah (UDC) dan pejabat cawangan dalam pengagihan bantuan kepada asnaf. Ia dilaksanakan di cawangan TBS setiap bahagian.

Seramai 30 anak asnaf menerima bantuan program itu untuk meringankan beban mereka kembali ke sekolah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru