Friday, October 7, 2022

Program ‘Juh Gunting Rambut’ secara percuma bantu golongan yang kurang mampu

Secara Rawak

SADONG JAYA: Dalam usaha membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dalam menampung keperluan sesi persekolahan yang bakal bermula Isnin ini, program ‘Juh Gunting Rambut’ secara percuma telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Kelali Semera Asajaya pada Ahad.

Program ‘Juh Gunting Rambut’ itu adalah dianjurkan oleh Kelab Belia Sejati Sadong dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak dan SK Haji Kelali Semera Asajaya.

Program tersebut merupakan inisiatif Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Tinjauan mendapati program tersebut berjalan lancar dengan mengikut garis panduan (SOP) yang ditetapkan.

SourceuKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru