Tuesday, January 25, 2022

Manfaatkanlah sepenuhnya hak kamu, kata Najib

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menubuhkan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) pada tahun 2011 ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, sehubungan dengan itu, satu tabung bernama Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) juga telah ditubuhkan dan dikawal SEDA.

“Sebahagian daripada kutipan bil elektrik setiap bulan bagi seluruh negara dimasukkan ke dalam tabung ini untuk digunakan bagi menggalakkan pembangunan tenaga lestari serta membantu setiap rumah tangga mengurangkan penggunaan elektrik, “ katanya dalam satu hantaran di Facebook.

“Berhubung dengan tabung ini, kerajaan menyediakan program SAVE 3.0 bagi setiap pemilik akaun elektrik domestik untuk menikmati baucer dan rebat sehingga RM400 bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST),” jelasnya.

“Ini termasuk pembelian atas talian dan juga di kedai runcit,” ujarnya.

Kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi, bagi mangsa banjir pula, baucer sehingga RM500 diberi bagi pembelian sebarang peralatan elektrik menerusi rangkaian atas talian dan runcit dalam senarai SEDA.

“Tabung SEDA ini sebenarnya adalah wang yang dikutip daripada setiap pengguna elektrik dan disimpan sejak tabung ditubuh.

“Jadi, manfaatlah sepenuhnya hak kamu,”  kata Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru