Tuesday, January 25, 2022

Lelaki taasub vaksin, sudah terima 11 dos suntikan

Secara Rawak

BIHAR: Seorang lelaki di India yang mendakwa telah disuntik 11 dos vaksin Covid-19 ditangkap ketika hendak menerima suntikan dos ke-12.

Menurut laporan NDTV, lelaki itu dikenali sebagai Brahmadev Mandal berusia 89 tahun, penduduk kampung Orai di Puraini, Bihar.

Pakar Bedah Awam daerah Madhepura Amarendra Pratap Shahi berkata, siasatan dilancarkan menyiasat bagaimana Mandal berjaya mengelak pihak berkuasa berkali-kali.

Mandal memberitahu dia mengambil 11 dos kerana vaksin itu memberi kesan baik kepadanya.

Mandal, pesara kakitangan jabatan pos, berkata dia mengambil suntikan vaksin pertamanya pada 13 Februari tahun lalu.

Antara 13 Februari dan 30 Disember, dia menerima 11 suntikan vaksin di Pusat Kesihatan Awam.

Malah dia turut mencatatkan tempat, tarikh dan masa setiap dos yang diberikan kepadanya.

Mandal didakwa menyerahkan kad Aadhaar dan nombor telefonnya sebanyak lapan kali dan menggunakan kad pengenalan pengundi serta nombor telefon isterinya untuk tiga dos yang lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru