Tuesday, August 16, 2022

Jumlah kes jangkitan terendah dalam tiga minggu

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 2,641 kes baharu Covid-19  hari ini  sekali gus yang terendah dalam tempoh 21 hari,  sejak 20 Dis tahun lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pandemik itu meningkat kepada 2,788,860 di negara ini setakat ini.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas pula menurun sebanyak 1.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Sementara itu, KKM merekodkan 2,888 kes semalam dan daripada jumlah itu pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor: 770
  • Johor: 326
  • Kuala Lumpur: 272
  • Kedah: 223
  • Sabah: 198
  • Kelantan: 195
  • Pulau Pinang: 186
  • Negeri Sembilan: 158
  • Pahang: 148
  • Melaka: 139
  • Perak: 121
  • Terengganu: 90
  • Sarawak: 22
  • Labuan: 18
  • Putrajaya: 14
  • Perlis: 8

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru