Friday, August 19, 2022

Golongan kurang berkemampuan dibantu dapat rumah selesa, selamat

Secara Rawak

SARIKEI: Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh meluangkan masa turun padang melawat keperluan rakyat yang memerlukan bantuan penambahbaikan rumah di Sarikei.

Dalam lawatan pada Sabtu, beliau melihat sendiri keadaan rumah yang perlu dibaiki dan beramah mesra dengan pemohon di Taman Susur Jambu.

Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak amat signifikan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan membaik pulih kediaman mereka.

Program ini juga merupakan inisiatif Kerajaan GPS Sarawak di bawah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membantu masyarakat untuk mendapatkan rumah yang selesa dan selamat.

Penambahbaikan dalam perlaksanaan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) akan dilakukan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Datu Len dalam pada itu berpuas hati dengan perjalanan PPRMS di DUN Kuala Rajang dan projek ini akan diteruskan jika ada peruntukan dari Kerajaan Sarawak.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru