Thursday, May 19, 2022

Murid teruja kembali ke sekolah

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Keterujaan pelajar sekolah rendah untuk kembali ke sekolah dapat dilihat apabila kerajaan membenarkan sesi pengajaran secara bersemuka bagi negeri-negeri dalam Kumpulan B bermula hari ini.

Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Traoh di sini pagi ini mendapati rata-rata mereka dilihat gembira sebaik sahaja dibenarkan kembali ke sekolah.

Sementara itu, kelihatan ibu bapa mula menghantar anak masing-masing seawal jam 6.15 pagi dan pelajar kemudian diarah menjalani pemeriksaan suhu badan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter sebelum masuk ke sekolah.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato Traoh, Daud Injah, pihak sekolah sentiasa bersedia menerima kemasukan pelajar dan telah melakukan persediaan rapi sejak beberapa minggu lalu selain memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi warga sekolah.

Selain itu katanya, bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin, tempoh masa pergerakan pelajar keluar dari kelas selepas tamat sesi persekolahan juga mempunyai jadual penggiliran.

“Waktu balik pelajar juga ada jadual sendiri setiap kelas supaya mereka tidak bertembung dengan pelajar-pelajar kelas lain.

“Misalnya kelas 5A diberi masa sekitar dua hingga lima minit untuk pergerakan keluar kelas kemudian diikuti kelas 5B dan seterusnya,” katanya.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru