Saturday, December 3, 2022

Kanak-kanak 1 tahun tertembak ibu, adik di luar pasar raya

Secara Rawak

TEXAS: Dalam kejadian mengejutkan, kanak-kanak berusia 1 tahun tertembak ibu dan adiknya di dalam kereta.

Insiden itu berlaku di tempat parkir kereta di pasar raya Granbury Walmart , Texas.

Menurut Jabatan Polis Granbury, seorang kanak-kanak berusia 1 tahun dan kanak-kanak berusia 3 bulan berada di dalam kenderaan ketika kejadian.

Ibu mereka berusia 23 tahun pula, berdiri di luar di sebelah pintu pemandu, manakala bapa mereka, berada di bahagian belakang trak.

Kanak-kanak berusia 1 tahun itu dipercayai mengambil pistol yang disembunyikan di antara tempat duduk hadapan menyebabkan satu das tembakan dilepaskan, kata polis.

Menurut polis, seperti dipetik pigeonexpress, peluru itu menembusi tisu lembut di kaki adiknya yang berusia 3 bulan itu, melepasi lengan ibunya, dan mengenai bahagian dada.

Kecederaan bayi itu dipercayai tidak mengancam nyawa, kata polis, namun kecederaan ibu mereka mengalami kecederaan serius.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru