Sunday, June 26, 2022

Ada apa dengan Larry Sng kali ini?

Secara Rawak

KUCHING: Mampukah parti baharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diterajui Larry Sng memberi kesan besar dalam politik Malaysia?

Atau parti ini akan mengalami nasib serupa seperti parti-parti lain sebelum ini?

Maksudnya, ia menjadi sekadar melukut di tepi gantang?

Kalau benar parti itu hendak memohon menyertai Bn, ini bermaksud parti bercorak pelbagai kaum itu adalah mesra BN. Ia mahu berada di pihak kerajaan, dan bukannya sebagai pembangkang di negara ini.

Larry yang juga ahli parlimen Julau menjelaskan semalam PBM mampu menjadi pilihan parti berbilang kaum dalam gabungan BN bagi memenangi seberapa banyak kerusi campuran penting di Semenanjung dan Sabah.

Adakah sinar untuk PBM ketika ia bakal berdepan parti-parti lain seperti DAP, PKR, Amanah, Warisan?

Bagaimana agaknya reaksi GPS?

Persoalannya, bagaimana kedudukan Larry dalam PRU-15 nanti? Adakah beliau akan menentang GPS di Julau?

Harus diingat, Larry telah menggunakan pelbagai platform politik, termasuk PBDS, PRS, SWP dan PKR.

Kekerapan beliau bertukar parti dalam tempoh 30 tahun lalu, menimbulkan pelbagai persepsi atau tanggapan, sama ada beliau akan kekal dalam PBM, atau beliau akan melompat lagi selepas ini?

Ya, ada apa dengan Larry Sng?

Pada Februari tahun lepas, Larry mengumumkan keluar dari PKR untuk menjadi ahli parlimen bebas.

Namun, beliau menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Barisan kepimpinan baru PBM melibatkan seramai 25 orang pemegang jawatan yang dipilih sementara lima pemegang jawatan lain melibatkan jawatan Setiausaha Agung, Timbalannya, Bendahari Agung, Ketua Penerangan dan seorang ahli majlis Tertinggi secara lantikan pula dibuat oleh Presiden parti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru