Thursday, May 19, 2022

11 kematian, kini 31,655 keseluruhan

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 31,655.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Kelantan, Perak, Sabah, Sarawak, dan Terengganu (masing-masing satu kes).

Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada kematian.

Sebanyak 39,776 kes aktif dilaporkan, termasuk 253 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 115 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini  ialah 2,783,331 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru