Tuesday, September 27, 2022

27 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di Marudi

Secara Rawak

MARUDI: Sebanyak 27 keping saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di sini semalam atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Supritenden Mohd Ruslan Mat Kib berkata, operasi yang dijalankan oleh seorang pegawai dan empat anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik Marudi disertai seorang anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Marudi dan seorang anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Marudi

Katanya, Op Motosikal diadakan di Pekan Marudi, Kampung Pemindahan, kawasan Kubu Marudi serta Jalan Stadium Marudi.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak lima saman telah dikeluarkan diatas kesalahan tiada lesen memandu, enam saman atas kesalahan tiada cermin sisi, empat saman tiada nombor pendaftaran, tiga saman ekzos bising, dua saman tayar botak, dua saman ubah suai struktur kenderaan, saman nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, satu saman tiada nombor pendaftaran aneh, satu saman tiada lampu brek dan satu saman atas kesalahan tidak menampal pelekat P.

“Sepanjang operasi ini dijalankan, nasihat juga diberi kepada penunggang motosikal atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

“Kebanyakkan penunggang motosikal jalan raya menunggang motosikal dengan tiada lesen dan tidak memasang cermin sisi,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau berkata, semua penunggang motosikal diingatkan harus mengikut undang-undang yang ditetapkan serta tidak terlibat dalam apa-apa lumba haram serta aksi-aksi yang membahayakan diri sendiri serta mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru