Tuesday, August 9, 2022

Apa motif sebenar parti baharu pimpinan Larry mahu sertai BN?

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Penerangan BN Selangor, Isham JalilI mempersoalkan motif sebenarnya  Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dipimpin Larry Sng mahu menyertai BN.

Beliau ingin tahu adakah  sokongan itu tanpa syarat ataupun mahu meminta kerusi semata-mata.

Semalam Larry menyatakan sokongan PBM terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakub.

Menurut beliau,  penerimaan PBM sebagai komponen baharu BN boleh mendatangkan kesan negatif terhadap hubungan antara gabungan itu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“BN adalah rakan karib GPS. Oleh itu, pada hemat saya ia bukanlah idea yang baik untuk menerima mereka (PBM),” katanya di Facebook.

“Jika hasrat PBM untuk kerusi, saya termasuk akar umbi tidak boleh terima terutama kamu melompat parti dan bekas katak,” tegasnya.

“Ini hanya pendapat saya. Apa-apa pun terima kasih kerana sokong BN dan saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan yang bijak,” jelasnya.

Semalam Larry  dilaporkan berkata, 12 bahagian PBM telah mencadangkan usul supaya parti itu menjadi komponen BN dan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Jelasnya, usul itu dipersetujui pemimpin tertinggi parti dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan kepimpinan BN tidak lama lagi.

“Kami membuat keputusan ini kerana kami melihat PBM boleh menjadi parti berbilang kaum dalam gabungan BN untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi penting,” katanya.

Selain itu, katanya lagi,  BN telah membuktikan dirinya sebagai kerajaan yang stabil pada masa lalu.

Gabungan itu juga, jelasnya, mempunyai pengalaman mentadbir negara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru