Thursday, October 6, 2022

Yii: Tingkatkan vaksin penggalak hadapi Omicron

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan perlu meningkatkan keupayaan  jagaan kesihatan awam dengan meningkatkan vaksinasi Covid-19 bagi mengelak kelumpuhan sistem kesihatan negara, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.

Menurut beliau,  berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 245 kes Omicron dikesan di Malaysia ketika ini dengan 12 kes jangkitan tempatan dengan tujuh kes dilaporkan di Sarawak sahaja pada 6 Januari lalu.

“Walaupun banyak laporan mengatakan kesan varian Omicron tidak teruk tetapi impaknya tidak harus dipandang mudah,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis menyatakan Omicron tidak harus dianggap sebagai mudah kerana mangsa seluruh dunia masih maut akibat penyakit ini.

Beliau berkata,  jika tidak ditangani dengan baik gelombang Omicron akan berlaku di Malaysia seperti di  negara-negara lain dan berkemungkinan lebih teruk daripada Delta.

“Berikutan jangkitan tinggi Omicron, kita mungkin mengalami peningkatan tinggi jumlah pesakit.

“Apabila jumlah pesakit meningkat, ia akan melemahkan sistem kesihatan kita lagi,” katanya sambil menambah, itulah sebabnya kita perlu menggandakan kempen vaksinasi dan kempen dos penggalak mesti dilancarkan bagi memastikan perlindungan optimum.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru