KUCHING: Stadium Miri akan menjadi gelanggang rasmi perlawanan membabitkan skuad Sarawak United FC III (SU FC III) sepanjang kempen Piala Belia 2022.
Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais memberitahu, pihaknya menerusi mesyuarat yang diadakan baru-baru ini telah menetapkan Stadium Miri sebagai gelanggang rasmi.
“Semua perlawanan membabitkan skuad SU FC III akan berlangsung di Stadium Miri sepanjang kempen Piala Belia 2022,” ujar Posa.
Beliau menegaskan, sebelum ini Stadium Miri juga pernah menjadi gelanggang rasmi liga untuk skuad pelapis itu.
Sementara itu, Posa turut memberitahu, pihaknya akan mengumumkan barisan kejurulatihan skuad SU FC III dalam masa terdekat.
“Barisan kejurulatihan SU FC III akan kita umum apabila senarai rasmi sudah dimuktamadkan,” katanya.