Sunday, September 25, 2022

Peluru jatuh dari langit cederakan kanak-kanak 10 tahun

Secara Rawak

NEW ORLEANS: Sebutir peluru mengenai muka kanak-kanak yang sedang menonton pertunjukan bunga api dari belakang rumahnya pada Malam Tahun Baharu, lapor Sun Herald.

Rakan dan keluarga mangsa memberitahu televisyen tempatan, kejadian berlaku sekitar 10 malam pada Jumaat ketika Fabian Rivera, 10, duduk di atas buaian di rumahnya di New Orleans East.

“Kami berbual dan Fabian mendongak ke langit. Seketika kemudian kedengaran bunyi seperti bunga api, dan dia tiba-tiba turun dari buaian lalu mendatangi saya dengan menangis, mukanya dipenuhi darah,” kata Diana Lopez, 10, kawan rapat Fabian.

Bunyi bunga api bercampur bunyi tembakan ekoran itu kedua-duanya tidak segera menyedari hal yang berlaku.

Polis kemudian mengesahkan Fabian terkena peluru.

Peluru mengenai Fabian berhampiran mulutnya dan melalui lehernya, menyebabkan dua giginya patah.

Fabian segera dibawa ke hospital dan doktor memberitahu dia amat bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

“Jika dia tidak melihat ke langit ketika itu, dia boleh mati, kerana peluru itu boleh mengenai kepalanya,” kata Lopez.

“Jadi dia hampir mati kerana itu.”

Kedua-dua kanak-kanak itu menasihatkan golongan dewasa agar tidak sesuka hati melepaskan tembakan ke udara kerana ia boleh mengenai seseorang seperti yang berlaku pada Fabian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru