Tuesday, January 18, 2022

Kabinet Sarawak pacu kecemerlangan – PM Ismail Sabri

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibantu barisan kabinet baharu akan membuat Sarawak terus cemerlang.

Beliau turut berharap barisan kabinet baharu terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda yang telah mengangkat sumpah secara maya Selasa lepas, dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada barisan Kabinet yang baharu. Semoga dengan pemilihan baharu ini, barisan kabinet yang diketuai oleh Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat menabur lebih banyak jasa dan bakti kepada rakyat Sarawak,” katanya dalam di laman Facebooknya pada Khamis.

Majlis angkat sumpah barisan Kabinet Sarawak dan menterimenteri muda pada 4 Januari itu melakar sejarah tersendiri apabila berlangsung secara maya menyaksikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud menerima pelantikan mereka di Astana Negeri dengan istiadat dijalankan secara fizikal di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.

Abang Johari, yang juga Dun Gedong dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengangkat sumpah pada 18 Dis lepas setelah gabungan politik tempatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12.

GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertanding dalam pilihan raya itu.

Abang Johari pada Majlis Apresiasi Gabungan Parti Sarawak baru-baru ini berkata, beliau memberi jaminan akan merombak atau menyelaraskan kabinetnya jika terdapat keperluan pada masa depan dan hala tuju yang baharu.

Menurutnya, beliau amat berhati-hati dalam menyenaraikan barisan kabinet baharu berpandukan kepada 34 janji dalam manifesto. “Hala tuju kita sudah berbeza kerana dalam ekonomi baru, cabaran baru menjelang 2030, sudah tentu kaedah pendekatan kita akan berubah,”katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru