Thursday, May 19, 2022

Jangan risau hantar anak ke sekolah

Secara Rawak

SARATOK: Ibu bapa, anak serta warga sekolah tidak perlu risau untuk meneruskan sesi persekolahan bermula Isnin depan.

Don’t Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Saratok Anis Madeli memberitahu, pembukaan sesi persekolahan minggu hadapan merupakan penggal tiga yang bermula 10 Januari sehingga 25 Februari.

Ujarnya, pihaknya masih menggunakan manual 3.0 Garis Panduan Pengoerasian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Sepatutnya tidak ada kerisauan dalam kalangan ibu bapa dan warga sekolah untuk operasi pembukaan sekolah kerana semuanya telah dirancang dengan teliti.

“Ini kerana kita telah menggunakan manual tersebut bermula 1.0, 2.0 dan terkini versi 3.0. “Tambahan tiada juga isu keselamatan yang lain seperti banjir, peratusan kes Covid-19 juga sangat rendah, kita juga berada di fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Justeru, ibu bapa di seluruh Daerah Saratok diharap dapat menggunakan peluang pembukaan sekolah dengan sebaik-baiknya agar anak masing-masing tidak tercicir daripada mengikuti sesi persekolahan.

“Sekali gus dapat mengekalkan kadar kehadiran yang tinggi, yang mana Daerah Saratok selama ini antara daerah terbaikn,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Suara Sarawak ketika ditanya tentang persediaan pembukaan sesi persekolahan di Daerah Saratok pada Khamis.

Jelasnya, kesemua pihak yang terlibat terutama pendidikan dan agensi lain telah mengambil tindakan sewajarnya. “Langkah sepatutnya diambil oleh semua pihak terutama di pihak pendidikan, menjaga keselamatan premis sekolah kita telah ambil tindakan.

“Bagi Jabatan Kesihatan juga telah mengambil langkah pencegahan, begitu juga agensi lain masingmasing faham akan tanggungjawab yang diamanahkan,” ujarnya. Anis turut memaklumkan pihak KPM membuat sesi libat urus bermula akhir 2021 kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

“Jabatan Pendidikan Negeri seterusnya menyampaikan perincian kepada Pejabat Pendidikan Daerah, termasuk pengetua dan untuk sekolah rendah diwakili lapan guru besar setiap daerah.

“Ia berkisar tentang penerangan terperinci dari segi operasi terkini pembukaan sekolah iaitu berkaitan tarikh, siapa yang hadir bersemuka dan tidak bersemuka.

“Antara lain dijelaskan soal makan minum pelajar di asrama, kontraktor pembekal makanan, pemvaksinan guru dan kakitangan, persediaan sekolah menghadapi bencana – sangat terperinci,” tambahnya lagi. Beliau sendiri mengakui tidak sabar untuk meneruskan sesi persekolahan seperti mana ibu bapa lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru