Thursday, May 19, 2022

Blok bilik guru SMK Balai Ringin musnah

Secara Rawak

SERIAN: Sebuah blok bangunan pentadbiran di SMK Balai Ringin, di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.04 pagi setelah pengawal keselamatan sekolah terdengar bunyi letupan pada bahagian kanan atas hujung bangunan pada awal kejadian.

Katanya, seramai 15 anggota dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan Siburan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan kebakaran membabitkan tingkat atas bangunan berstruktur kekal dua tingkat.

“Pasukan pemadam membuat melakukan pemadaman dengan cara defensif dan ofensif iaitu anggota bomba naik ke bangunan melalui tangga manakala di sebelah belakang pula menggunakan tangga bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut katanya, api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru