Tuesday, August 9, 2022

Akhirnya mereka dikecam rakyat, kata Najib

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan perjalanannya sehingga ke hari ini walaupun pahit tetapi ia memberikan kesedaran.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, banyak janji manis yang ditabur oleh pelbagai pihak.

“Macam-macam ada. Yang kemudian mereka sendiri kata mustahil untuk dilaksanakan apabila kuasa di tangan,” katanya.

“Akhirnya, dikecam rakyat dan disedari ramai,” katanya di Facebook.

Tanpa menamakan pihak berkenaan, Ahli Parlimen Pekan itu jelas merujuk kepada Pakatan harapan yang mengemukakan janji tebal tetapi nipis pelaksanaannya.

Justeru, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) yakin semua pendukung parti harus menjadikannya sebagai satu rujukan.

“Agar kita kekal pada prinsip perjuangan kita. Apa yang kita janji, harus ditepati.

“Apa yang kita boleh bantu, harus dibuat sehabis baik,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada semua ahli, BN ialah parti politik yang datangnya daripada rakyat dan kembali juga kepada rakyat.

“Rakyat berikan kita amanah, tanggungjawab dan kepercayaan untuk memimpin.

“Rakyat meletakkan keyakinan pada kita kerana janji yang kita berikan dan kemampuan untuk menjayakannya,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru