KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 16 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 31,644.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Sabah (tiga), Kedah dan Selangor (masing-masing dua), manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak (masing-masing satu kes).
Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang kes kematian.
Sebanyak 39,697 kes aktif dilaporkan, termasuk 254 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 114 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,780,080 setakat ini.