Thursday, May 19, 2022

Tiong: Utamakan kesihatan, keselamatan menjelang Tahun Baharu Cina

Secara Rawak

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyeru masyarakat agar mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut awal Februari depan.

“Saya ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya  yang Tiong yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP). satu kenyataan di sini hari ini.

Ini selepas Bintulu merekodkan kes positif Covid-19 baharu melibatkan 15 orang daripada 16 keluarga sejurus pulang dari luar negara baru-baru ini.

Sebelum ini Bintulu diklasifikasikan sebagai zon hijau iaitu tiada kes positif COVID-19 sejak beberapa bulan lepas.

Tiong berkata meskipun Sarawak telah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan diberi pelbagai kelonggaran aktiviti, namun masyarakat tidak boleh mengambil mudah kerana keadaan di Bintulu masih membimbangkan.

“Hanya dalam sekelip mata sahaja kes  dapat meningkat kepada hampir dua digit. Hal ini jelas menunjukkan kita masih belum menang dan mesti terus berwaspada serta tidak lalai dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan,” katanya yang juga Adun Dudong.

“Kita tidak boleh mengambil ringan SOP yang dilaksanakan kerajaan, kita harus mengelakkan diri daripada menjadi penyebab untuk virus-virus ini terus merebak dan membahayakan nyawa diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita,” katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa persatuan tempatan telah mula menganjurkan beberapa siri aktiviti sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

“Sekiranya aktiviti terbabit tidak dapat ditangguhkan, penganjur atau penyelaras harus memastikan SOP ketat dipatuhi seperti mengawal jumlah kehadiran dan memastikan penjarakan fizikal dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru