Saturday, December 3, 2022

18  penerima di Daro dapat  dana MRP

Secara Rawak

DARO: Seramai 18 penerima dari 12 badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persatuan telah menerima sumbangan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) pada Khamis.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad yang melibatkan peruntukan sebanyak RM145,000.

Dalam pada itu, Safiee menzahirkan ucapan terima kasih di atas bantuan dan sokongan terhadap beliau pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) yang lepas.

Menurut beliau, sokongan padu dari semua pihak membolehkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro memperoleh kemenangan bergaya dengan majoriti cemerlang iaitu 93 peratus.

Sehubungan itu, jelas beliau lagi, dengan sokongan tersebut beliau akan terus berusaha keras bagi meneruskan pembangunan di kawasan Daro.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru