Thursday, May 19, 2022

18 kes Covid-19 di Sarawak hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 18 kes baharu Covid-19, sekali gus menunjukkan pengurangan satu kes berbanding rekod 19 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, jumlah kumulatif kes kini mencecah kepada 252,461 kes.

Menurutnya, pecahan kes baharu merangkumi 10 kes daripada kategori satu iaitu tidak bergejala, manakala lapan kes melibatkan kategori dua iaitu gejala ringan.

Dalam pada itu katanya, Kuching dan Miri masing-masing merekodkan daerah kes tertinggi dengan catatan sebanyak lima kes, diikuti Bukit Mambong sebanyak tiga kes, dan Samarahan dua kes.

Manakala daerah Bintulu, Lundu dan Sri Aman mencatatkan masing-masing mencatatkan satu kes.

Selain itu, JBPN dalam kenyataan tersebut melaporkan satu kes kematian akibat Covid-19 berlaku pada 5 Januari (Rabu).

“Satu kes kematian membabitkan seorang wanita warga emas berusia 86 tahun berlaku di Sarikei,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru