Thursday, May 19, 2022

Sarawak siap siaga hadapi banjir

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak  485 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bersiap sedia menghadapi banjir di negeri ini.

Menurut  Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Datuk Seri Fatimah Abdullah, sebanyak 42 kenderaan milik jabatan itu bersedia digerakkan sekiranya perlu dalam operasi banjir .

Katanya lagi,  23 pangkalan hadapan bencana juga telah disediakan bagi menghadapi bencana itu di negeri ini.

“Pangkalan Hadapan Bencana merupakan satu tempat, bangunan atau premis bagi penyimpanan stok barang bantuan bencana di kawasan yang mudah dilanda banjir yang kerap terputus hubungan,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Barang-barang bantuan akan dibekalkan sebelum musim tengkujuh iaitu dalam lingkungan Oktober setiap tahun dan stok barangan akan disimpan di pangkalan hadapan untuk tempoh enam bulan,” katanya lagi.

Jelas Fatimah, 157 pembekal makanan kering dan 231 makanan bermasak untuk mangsa banjir juga  telah dikenal pasti.

“Selain itu, kita juga mempunyai depoh simpanan keperluan mangsa bencana di Samarahan. Depoh ini mampu memuatkan 432 tan barang keperluan bencana,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru