Tuesday, January 25, 2022

Polis pecah kereta selamatkan “bayi” tapi akhirnya bayar ganti rugi

Secara Rawak

UNITED KINGDOM: Dua anggota polis berdepan situasi memalukan selepas mereka memecah tingkap kereta untuk menyelamatkan seorang “bayi”, akhirnya mendapati ia hanyalah anak patung.

Insiden tersebut berlaku di United Kingdom apabila si ibu dan anak perempuannya meninggalkan anak patung yang kelihatan seperti bayi manusia di dalam kereta.

Patung itu diberi si ibu sebagai hadiah Krismas untuk anaknya.

Amy McQuillen, pemilik kereta tersebut, berkata dia keluar membeli-belah dengan anak perempuannya, Darci turut membawa patung itu bersama-samanya, namun hanya meninggalkannya di dalam kereta.

Apabila pasangan ibu dan anak itu kembali ke kereta, mereka terkejut melihat dua pegawai polis dan orang ramai berkumpul di situ.

Mereka berdua kemudian melihat sendiri cermin kereta dipecah dan terus bergegas ke kenderaan tersebut.

Salah seorang anggota polis memberitahu mereka telah meninggalkan bayi di dalam kereta tersebut.

Amy kemudiannya memberitahunya ia sebenarnya hanyalah patung.

“Saya masih tidak percaya dengan kejadian itu”.

Saya tahu anak patung tersebut nampak realistik, tetapi saya tak sangka perkara seperti ini akan berlaku,” kata Amy seperti dipetik Daily Mail.

Rentetan kejadian itu, polis bersetuju membayar RM1,487 (£264) untuk membaiki tingkap kereta Amy.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru