Tuesday, January 18, 2022

Kabinet inklusif, difikirkan dengan teliti

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari  Tun Openg berkata beliau mengambil masa 12 hari selepas keputusan PRN-12 diumumkan bagi mempertimbangkan dengan teliti kementerian dan komposisi menteri dan menteri mudanya.

Hal ini, katanya, bagi memastikan kabinet berkenaan dapat memastikan Sarawak berada di atas landasan yang tepat untuk memastikan agenda ekonominya dapat dicapai dengan berkesan ke arah menjadikan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

Beliau mengumumkan barisan kabinetnya selepas GPS meraih kemenangan besar dengan memperoleh 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan pada 18 Dis lalu.

Pada PRN-11, Ketua Menteri  ketika itu Tan Sri Adenan Satem  mengambil masa enam hari untuk mengumumkan barisan kabinetnya.

Abang Johari berkata, kabinet dibentuknya adalah inklusif, dengan mengambil kira kepentingan semua kaum dan kawasan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis malam apresiasi petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) di Kuching malam tadi.

Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada malam 18 Dis, sekali gus mencatat rekod sebagai Ketua Menteri pettama mencapai rekod paling cemerlang dalam sejarah PRN Sarawak sejak 1969.

Abang Johari mengakui mandat besar diiringi cabaran dan tanggungjawab besar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru