MANCHESTER: Dua adik-beradik dari New Hampshire menghantar gula-gula keras yang sama berulang-alik selama lebih 30 tahun sebagai hadiah Krismas.
Ia bermula pada 1987, apabila Ryan Wasson memberikan 10 gulungan “Buku Gula-gula Santa” dengan pelbagai perisa buah-buahan kepada abangnya, Eric Wasson, sebagai satu gurauan pada Krismas kerana mengetahui Eric tidak menyukainya.
“Saya tidak memakannya,” kata Eric Wasson kepada WMUR-TV.
“Jadi pada tahun berikutnya saya fikir saya memberi kembali kepadanya. Dia mungkin tidak ingat, tentang gula-gula tersebut.
“Tetapi Ryan segera mengenalinya. Sejak itu gula-gula tersebut dihadiahkan secara bergilir-gilir antara dua beradik tersebut.
Malah mereka juga kreatif membungkusnya.
Ryan memberitahu gula-gula itu dibekukan dalam bongkah ais dan dimasukkan ke dalam Jell-O, sambil menambah, “dia pernah menjahitnya menjadi beruang.”
Tahun lepas, hadiah itu diberikan kepada Ryan di dalam pinggan perak di sebuah restoran.