Tuesday, August 9, 2022

Cabaran GPS kotakan janji 34 manifesto PRN-12

Secara Rawak

KUCHING: “Walaupun ada sesetengah individu berkata manisfesto bukan kitab suci, namun bagi saya janji tetap janji dan ia harus dikotakan,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berucap sempena Majlis Malam Apresiasi Petugas PRN-12 Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) semalam, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dan Presiden PBB berkata, GPS mempunyai 34 manifesto yang perlu segera dilaksanakan.

Beliau mengaku, kemenangan besar GPS pada PRN-12 yang lalu, turut disertai tanggungjawab yang berat.

Abang Johari mengaku beliau mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan berhubung pelantikan Kabinet Negeri agar semua anggota kabinet dapat bersatu menunaikan janji PRN-12 yang lepas.

Belaiu berkata: “Jika Tok Nan mengambil masa enam hari untuk menubuhkan kabinet, saya terpaksa mengambil masa 12 hari kerana harus mempertimbangkan dari sudut komposisi kaum, etnik dan kepentingan kawasan.”

Abang Johari menggesa ahli kabinet yang baharu melaksanakan tugas dengan ikhlas demi membangun Sarawak menuju 2030.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru