Tuesday, November 29, 2022

Atasi banjir: Sibu perlu pelan induk jangka panjang

Secara Rawak

SIBU: Daerah ini memerlukan pelan induk jangka panjang yang lebih strategik bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berulang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Menurut  Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pelan induk yang berkesan juga akan dapat menangani pembangunan pesat dan pertumbuhan penduduk di bandar Sibu.

Katanya, ini kerana penyelesaian seperti menambah baik sistem perparitan dan penyelenggaran longkang hanya merupakan langkah sementara sahaja.

Jelasnya, pelan induk yang dimaksudkan meliputi kerja – kerja mengorek dasar Sungai Rajang dan Sungai Igan yang harus dilakukan segera.

Jelasnya, beberapa kawasan seperti Dudong, Stabau, Sentosa dan Jalan Salim sering dilanda banjir kilat yang menjejaskan urusan harian penduduk dan mereka juga terpaksa menanggung kerugian.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu serta Lembaga Sungai – Sungai Sarawak di sini hari ini.

”Justeru, sudah sampai masanya kita atasi masalah ini secara menyeluruh dan bukan bersifat sementara,” katanya.

King Sing berharap agar agensi-agensi terlibat dapat bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah banjir kilat.

Ujarnya, agensi terbabit perlu memperuntukkan dana dengan cepat bagi mengatasi masalah berkenaan bagi mengelakkan kerugian dan penderitaan dalam kalangan penduduk yang terkesan.

”Strategi tindak balas jangka panjang dan rancangan untuk menangani keperluan 15 hingga 20 tahun ke depan sangat diperlukan untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru